Nuffie

Sahabat Eastboy

Tuesday, November 2, 2010

Tanda-Tanda Diabetes

Penyakit diabetes terutama diabetes jenis 2 mungkin berlaku tanpa disedari pesakit kerana tiada tanda-tanda awal. Tanda paling awal yang dapat dirasakan adalah rasa kehilangan tenaga dan cepat letih. Sesetengah orang mungkin tidak perasan dengan tanda-tanda penyakit ini.

Tanda-tanda lain termasuk :

  • Kerap membuang air kecil (polyuria) termasuk pada waktu malam.
  • Kerap merasa dahaga (polydipsia) – disebabkan banyak glukosa yang dibuang (dikumuhkan) dan kerap merasa dahaga akibat kehilangan cecair dalam badan.
  • Peningkatan nafsu makan (polyphagia) – gula yang berlebihan dalam darah tidak dapat digunakan sebagai sumber tenaga sehingga otak memberitahu tubuh untuk meningkatkan pengambilan makanan.
  • Kehilangan berat badan – dalam tempoh waktu yang lama meskipun seseorang makan dalam jumlah yang banyak, makanan tersebut tetap tidak dapat mengekalkan berat badan malahan berat badan akan turun.
  • Kekerapan jangkitan kulit – perubahan persekitaran dalam badan memberikan banyak peluang pada agen-agen jangkitan (bakteria, virus, kulat) untuk menembusi kulit.
  • Pemandangan yang kabur – disebabkan terganggunya pembuluh darah kecil mata yang mengakibatkan saraf-saraf retina mengalami kerosakan.
  • Tangan dan kaki kebas.
  • Luka dan kudis yang lambat sembuh.

4 comments:

Ifa Zafrah said...

Yang atas2 smpai ke nafsu mkn tuh ada, tp yg bwh2 nih xda plak.. Mcamna tuh doktor? Ngeh3x

abeq89 said...

org rabun tekecualikan dri tnda pmndgn kabur??
ahahaaa...

fyezrahman said...

gud entry! esok ade test subjek medical..topic diabetis confirm keluar..da buat BW kt sini, xpayahla bace buku lg! hehe

alpha lipid said...

diabetes memang menakutkan.orang muda pun boleh kene