Thursday, March 5, 2020

Ayam Percik, Ayam Madu Bakar, Ikan Bakar dan Ikan Percik 2020

As Salam/Selamat Sejahtera. Khas buat warga Pengkalan Kubor dan Tumpat, kepada yang berminat untuk membuat tempahan boleh hubungi Kak Nie (013-9235167), Abe Ismawie (011-16876274) atau Uncle Ja (017-6217287). Terima kasih.




Wednesday, October 27, 2010

Fadilat Ayat al-Kursi Untuk Mengatasi Sihir

ULAMA terkenal, Prof. Datuk Dr. Haron Din dan Dr. Amran Kasimin dalam buku mereka yang berjudul Fadilat Ayat al-Kursi Untuk Mengatasi Sihir, menyebut sekiranya ayat al-Kursi dibaca dalam rumah, Allah bukan sahaja memberi keberkatan orang yang yang membacanya, bahkan memelihara rumah tersebut serta semua penghuni, jiran-jiran serta rumah di sekelilingnya daripada kejahatan manusia atau hantu syaitan. Perbuatan menceroboh, merompak, mencuri dan menculik boleh dielakkan dengan membaca ayat al-Kursi.

Ayat al-Kursi boleh menjadi perisai daripada gangguan makhluk-makhluk halus yang terdiri daripada jin, iblis dan syaitan ataupun daripada kejahatan manusia. Sabda Rasulullah s.a.w.: "Barang siapa membaca ayat al-Kursi apabila baring di tempat tidurnya, Allah memelihara keselamatan dirinya dan mewakilkan dua malaikat menjaganya sehingga ke subuh."

Sekiranya ayat al-Kursi dibaca kepada makanan, Allah akan memberi keberkatan kepada makanan tersebut. Bagi orang yang berdukacita menanggung masalah, ayat ini boleh dibaca untuk menghilangkan segala dukacita yang melanda.

Selain itu, jika seseorang itu membaca ayat al-Kursi di waktu pagi, akan dipelihara oleh Allah sehingga petang. Sebaliknya, kalau orang berkenaan membaca di waktu petang, Allah akan memeliharanya sehingga ke subuh.

Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a, katanya Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Barang siapa keluar dari rumahnya dengan membaca ayat al-Kursi maka Allah mengutus tujuh puluh ribu malaikat kepadanya, mereka sama memohon keampunan dan mendoakan baginya."